Saat Kritikal

Bismilahirahmannirahhim,Alhamdulillah dengan kurniaan Islam dan Iman.Alhamdulillah hari ni Allah berikan kesihatan yang baik.Cuti yang panjang minggu lepas mebuatkan aku lebih sakit bukan nya lebih semangat.Lama dah tidak mencoret sesuatu dalam blog ni.Ya sebenarnya semangatku semakin hilang,minat ku sudah semakin pudar.Masih mencari jalan keluar pada setiap kekusutan.Hidup yang mengahampiri kematian yang pasti.Namun kemarahan pada takdir hidup yang membuat pentadbiran hidupku semakin hancur.Jiwa yang kosong,jiwa yang kotor dan jiwa yang hilang segalanya.Aku jatuh jauh kedalam kegelapan dan mencari apa salah yang aku buat.Dulu selalu aku berharap Ujian ini tidak menjauhkan Aku dari penciptaku namun hakikatnya aku semakin jauh dari Dia Allah yang Maha Besar.Apa yang aku cari sebenarnya.Kekecewaan demi kekecewaan membuat aku putus asa atas rahmat Allah.Aku semakin tidak percaya adakah benar Allah itu Maha Pengasih.

       Kekosongan,kesunyian telah membuatkan hidupku penuh dengan kebencian dan kemarahan.Marah kerana takdir hidup yang tidak bagus bagi aku,bencikan kehidupan bahagia orang lain.Marah kerana aku tidak mahu menerima takdir hidup aku begini.Benci melihat takdir orang lain yang bagi aku terlalu indah.Melawan rasa dalam jiwa yang membuat aku sakit pada fizikalnya.Aku tidak redha dengan apa yang dah jadi dalam hidupku.Nak salah kan siapa,salah sendiri kerana jalan yang dipilih atau kerana tidak mahu menerima takdir yang telah diberikan.Aku buntu  bila saat tiada jalan keluar pada setiap masalah yang aku hadapi.Cemburu dengan orang lain yang diberi masalah tapi senang mendapat jalan keluar.Aku? belum ada jalan keluar pada hutang,pada jodoh dan pada kewangan untuk harian aku.Semakin sempit dan semakin tertutup yang mebuatkan aku putus asa.
     
         Baru semalam aku solat balik itu pun hati ku rasa terbeban kerana jiwa ku yang kotor.Aku akui selama meninggalkan solat aku tak rasa apa cuma tak tenang je.Aku marah dengan apa yang berlaku,aku inginkan juga hidup seperti orang lain.Keinginan itu yang membuat aku lebih berprasangka buruk dan hidup yang penuh dengan cas negatif.Ya Allah ampunkan aku,kemarahanku kebencianku membuat aku semakin jauh dari rahmatMu.Hinanya aku Ya Allah kerana marah pada takdirMu.


       Saat dan ketika ini hanya keampunanMu yang aku harapkan.Berikanlah cahaya pada kehidupanku.Jadikanlah jiwa ku penuh dengan rasa kasih sayang dan bersyukur dengan segala yang telah Engkau berikan padaku.Berikanlah hati yang bersih,hati yang sentiasa berprasangka baik pada setiap UjianMu.Ya Allah aku mengharap sangat-sangat pertolongan dari Mu untuk aku perbaiki kesilapan dan kehidupanku.Aku berharap agar akhir hidupku dalam agamaMu dan dalam kasih sayangMu.Aku mengharap kasih sayang dalam hidup ini,teman dalam hidup ini dan rezeki yang cukup untuk aku dan keluargaku.Hanya Engkau yang mampu memberinya Ya Allah.
Image result for gambar cantik

Comments

Popular Posts