Duit .... Cuti Raya.....Balik Keja.....

Bismilahhirahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurniaan Islam dan Iman dari Ilahi.Lama jugak tak update dalam blog.Kehidupan yang biasa-biasa membuatkan kadang rasa malas nak update blog walaupun sebenarnya banyak yang terbuku kat hati ni.Alhamdulillah Ramadhan berakhir dengan baik,diizinNya beraya dengan mak dan ayah yang tersayang walaupun ada selisih faham dengan kak ngah aku buat bodo je sebab aku mahu menghabiskan masa yang ada dengan mak dan ayah.Bulan puasa yang lepas tempahan biskut masih ada walaupun sedikit bersyukur kerana masih diberi kekuatan untuk memenuhi kehendak orang lain.Biasanya bila nak balik beraya aku akan balik 2 minggu tak pernah pun ambik lebih dari tu.Namun yalah hidup kita ni sapa yang suka tengok kita senang.Ada bunyi-bunyi dibelakang sebab aku ni setiap kali Raya akan balik bercuti.Pelik sungguh aku sebab aku nak bercuti panjang dan jumpa mak ayah dikampung time raya je.Rakan sekerja yang duduk dekat hampir setiap bulan balik tak pernah pun aku nak bising.Raya puasa,raya haji ,raya cina , raya india dan segala jenis raya depa balik.Aku ni nak balik cuti raya pun nak bising.

   Orang yang bising ni adalah orang yang sama sakit hati masa aku dapat apc dulu.Aduyai tak habis-habis nak dengki dengan hidup aku.Dalam pada tu sentiasa buat baik depan aku.Buat baik sebab aku je yang boleh baik dengan dia kat tempat kerja yang lain dah menyampah dengan sikap dia.Itu pun tak sedar lagi masih rasa diri tu baik sangat.Aku tak rasa aku ni baik tapi aku tahu had aku.Bila keja aku tak berkira walaupun kadang-kadang sakit hati sebab aku je yang kena buat keja 😆.Mana nak dapat pahala kalau merunggut kan.Sebab tu aku rasa aku ni bukan baik sangat pun hidup pun bukan bagus sangat itu pun nak dengki he3.Aku pun tak faham kenapa orang tu macam tu.Masa dia disisih oleh rakan sekerja yang lain aku ni buat baik jugak kat dia ,tak nak biar dia makan sorang,kalau ada apa majlis tak nak tinggal dia last2 ni dia buat kat aku he3 padan muka aku.Tapikan kadang aku jadi pelik kat luar ramai pulak kawan dia.Dapat pulak dia suami elok lepas dia bercerai siap dapat anak lagi walaupun selalu dia pertikai orang lain.Masih Allah sayang dia he3 aku ermmm makin jahat aku buat lagi Allah tak suka kat aku he3.


 Masa raya hari tu orang ni ditugaskan bekerja raya ke-3,mula aku pelik kenapa dia tak bising selalu apa-apa macam lava gunung berapi bising dia.Rupa-rupanya dah upah orang untuk ganti dia,tetapi dok bagitau orang dia dapat cuti panjang sebab dia bekerja hari raya ke-3 tu.Dah lah tipu aku ,tipu lagi bos aku.Tapi masih senang jugak hidup dia Allah bagi happy je dengan anak laki walaupun hidup menipu.Ya aku dulu sentiasa takut untuk buat salah sebab aku berasa Allah sentiasa melihat apa yang kita buat namun apa yang aku hadapi sekarang membuatkan aku berfikir adakah berbuat jahat Allah akan bagi apa yang kita mahukan dalam hidup ini,rupanya tak Allah akan bagi pada yang Dia hendak je...so aku nak buat apa pun kalau Dia tak nak bagi Dia takkan bagi punya he3.Jadi hiduplah apa yang aku fikir aku nak hidup macam mana sebab aku masih pegang semua yang jadi atas izin Dia kan.

Walau banyak mana salah yang aku ,aku masih percaya balasan dari Dia.Kadang aku pun tak nak dan tak suka apa yang aku buat sekarang ni.Ya Allah aku masih berharap dengan kasih sayang dariMu dan sentias aku berharap apa yang baik aku harapkan akan Engkau makbulkan.
Related image

Comments

Popular Posts