Jalan Keluar

Bismilahirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurniaan Islam dan Iman dari Ilahi.Kehidupan dijalani seperti biasa walau seperit mana dan sepahit mana,siang dan malam akan berlalu jua.Satu kehidupan yang kena aku lalui walaupun aku rasa sangat penat untuk terus berjalan dan menempuhi hari-hari yang mendatang.Sungguh nyawa ini satu amanah hanya Dia yang tahu bila masanya untuk aku balik menghadap Dia.Hidup penuh kepayahan ,mati belum tahu bagaimana keadaannya.Sebolehnya aku mahu diriku sepositif yang boleh,namun hari-hari yang menekan buatkan ruang positif itu hilang dipenuhi oleh cas negatif sahaja.

   Minggu lepas aku demam dan sebenarnya aku dalam kemurungan yang amat teruk.Bila tido aku rasa tak nak bangun dah aku rasa nak melalui hidup ini dengan tido sebab saat itu aku tidak perlu untuk memikirkan apa-apa.Lapar pun aku tak rasa waktu tu.Sehari jugak aku tak datang keja kerana sakit kepala yang teruk.Namun siapa nak memahami keadaan aku,hanya diriku yang kena telan semuanya.Kak ngah ada call pada mula menceritakan nak datang kesini nak uruskan majlis merisik dia dengan orang kat sini.Aku blur sekejap tak ada ribut tak ada angin nak buat majlis sewaktu mak ayah datang untuk jaga aku lepas operate nanti.Aku iyakan aje walaupun hatiku tak setuju.Terasa perhatian untuk aku akan pergi untuk kak ngah pula saat aku perlukan perhatian mak dan ayah.Aku call mak dan mak bagitau semua tu mak dan ayah tak setuju pun lagi dan adik pun bagitau andai lelaki tu beria suka biarlah dia yang datang ke negeri kita.Aku kira selesai dah hal tersebut,namun selepas tu kak ngah call lagi nak datang minggu lepas lagilah aku jadi tergamam sekejap.Katanya nak pergi jumpa lelaki tersebut dan minta aku jemput dia diairport.Aku jadi pelik sekejap kenapa terburu-buru macam tu sekali tak boleh nak tunggu ke.Aku call mak sebab tak sedap hati aku rasa.Bila call mak,mak bagitau dia pun tak tahu apa pasal tu.Akhirnya bila mak tanya kak ngah bagitau dia jadi pengiring pada budak sekolah yang datang bertanding kat sini.Terasa hatiku sbb kenapa perlu berbohong padaku.Aku tunggu juga kak ngah call balik bagtau dia sebenarnya ada urusan kat sini namun senyap je.Akhirnya ,awal pagi Jumaat dia msg bagitau nenek kepada anak muridnya meninggal dan bapa budak tu dah belikan tiket untuk budak tu balik dan dia nak stay dirumah aku.Aku terus terbuka mata seluasnya dan terasa itu plan dia yang terbaik sekali.Aku dengan spontan bagitau aku tak ada kat rumah kena pergi Melaka kerana urusan keja.Allahuakbar betapa hatiku rasa bersalah menipu kak ngah saat itu.Namun hatiku berasa dia ni ada perancangan lain.Allahuakbar hanya Allah tahu apa yang aku rasa saat itu.


        Aku disamping terasa kerana kak ngah bohong aku tapi aku rindu sebenarnya.Jauh dilubuk hatiku membuak-buak nak berjumpa dengan kak ngah.Namun apa kan daya untuk nak ambil dia dan segala aktiviti hujung minggu tu memang aku tak boleh nak ambil kak ngah duit tak cukup untuk kesitu.Aku tahu pada kawan-kawan yang aku meluah tu mesti rasa aku ni adik yang jahat ,sanggup tak berjumpa kakak yang datang dari jauh.Tapi yalah diaorg bukan faham pun apa yang aku lalui,hanya boleh judge je.Pasal duit yalah siapa nak bagi pinjam kalau hutang dulu tak bayarkan.Sapa nak percaya dah dengan kita.Sapa yang nak tolong kita selalu sangat.Terasa juga hati kecil ku disaat hati yang diselubungi rasa bersalah aku meluah dengan kawan yang kira rapat jugak padaku tapi hasilnya dia suruh bininya balas msgku.Tapi aku faham yalah org muak kot setiap hari nak dengar keluhan negatif aku.

    Aku sendiri tidak mahu ada dalam situasi dan kehidupan yang susah dan bermasalah.Sapa yang nak hidup sentiasa sempit,hidup sorg diri,hidup yang sunyi dan hidup yang tidak penting pada sapa-sapa.Siapa nak bagitau aku.Orang tak dalam kehidupan aku memanglah senang nak bagitau jangan negatiflah jangan fikirlah.Korang tau ke apa yang aku hadap setiap hari...Siapa yang hendak hidup yang macam halimunan  pada orang lain.Hanya dipandang saat terdesak dan tiada pilihan lain.Sungguh hari-hari aku menangis mengenangkan hidup yang tak ada arah tuju sebenarnya.Sebab tu kalau hujung minggu aku memang jarang dah solat subuh nak bangun tido pun aku dah malas sangat sebab aku tahu bukan ada apa yang aku perlu buat,aku sorang aku tak makan ke tak solat ke sapa nak peduli.Paling sedih memang tak ada siapa yang cari aku kalau hujung minggu.Tak ada org nak tanya aku ni macam mana.Kalau ditakdirkan mati aku rasa mayat dah berulat baru orang sedar aku tak ada.(sebab tu berdoa Allah tak matikan dalam aku sorg2)Allahuakbar....bagaimana harus aku ubat hati yang makin parah,hati yang makin jauh,aku dah rasa kalau aku nak solat aku buat kalau tak aku tak buat sebab aku rasa hidup aku tidak berubah apa pun.Tapi siapa peduli pun hidup aku nak terlungkup ke nak hancur ke apa penting pun dari orang lain.

     Aku sendiri yang kena kuat yang kena cari jalan keluar sendiri.Ya Allah aku hambaMu yang dah jauh tersasar sekarang ni dan memang aku perlukan DiriMu Ya Allah .....arghhhhh aku nak pergi jauh dari siniiiiii tapi duit pun tak ada nak pergi mana keluar masuk toilet rumah je mampu kihkihkihkih.....

Image result for gambar orang termenung sendiri

Comments

Popular Posts