Runtun Jiwa

Bismilahhirahmannirahim,Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Alhamdulillah dengan kurniaan Islam dan Iman jua kesihatan yang tiada tolok bandingannya....dah 23 hari masuk tahun baru masihi,kehidupan seperti biasa dijalani walau apa pun dugaan yang datang.

   Tahun baru yang agak meruntun jiwa bila mana masuk hari yang ke-11 tahun baru Pemimpin negeri kelahiranku meninggal dunia kerana kepenatan dunia,ya masa dia dah sampai walaupun dimata rakyat perjuangan dia belum selesai......jiwa aku terkesan dengan kematian ini kerana aku merasakan masa aku jua makin hampir Allahuakbar sunnguh tiada persediaan untuk aku berjumpaMu Ya Allah,terlalu sedikit amal yang ada.Jiwa ini terkesan mungkin kerana keputusan scoop yang aku terima pada hari ke-9 tahun baru,aku terkedu dan menjadikan aku tidak ada kata yang boleh mengambarkan apa yang aku rasa.Mungkin orang akan rasa sakitku satu yang kecil sahaja tapi bagi aku satu nikmatku Allah dah tarik,sedih sangat.Aku perlu buat satu operation walau kecil tapi bagi aku impact dia besar bila melibatkan perut.Mengenangkan aku sorang dan aku rasa aku tak nak menyusahkan sapa-sapa.Tiba-tiba bila terlalu memikir minggu lepas sakit tu datang dengan teruk kali ni.Makan ubat pun tak jalan,sakit kepala dan perut yang aku tak leh jelaskan macam mana.Tidur malam memang terganggu,sampai satu masa aku memang menahan sakit 12 jam walau aku dah telan pil.

Banyak benda yang dipelajari sepanjang aku sakit,nilai diri dan nilai orang lain terhadap aku....sungguh aku memang tak ada kepentingan pada orang lain,,andai mati sekalipun tak ada orang akan ingat dengan aku rasanya..arghhhhh I HATE THIS FEELING.....bersangka baik Ya Allah tolong bagi hatiku yang bersangak baikkkkkk....walaupun yang apa yang aku terima sebaliknya.Dikala sakit yang tidak terbendung oleh diri aku minta tolong kawan yang mana aku sering bantu dikala susahnya (aku bukan nak mengungkit) tapi hati aku amat terkilan.Hari yang aku minta tolong alasan yang diberi tiket wayang dah beli dan temannya itu datang dari jauh....aku pujuk hati untuk terima yang buat aku terkilan dan sedih,keesokan harinya langsung tak tanya dah ke klinik ke,dah ok ke aku pulak tak ditegurnya,aik aku ke salah mintak tolong,aku ni dikala orang lain susah aku tak pernah teringat pun orang tu dah buat salah kat aku,aku hulurkan bantuan jua walau adakala aku rasa tak mampu.

Allahuakbar,redalah wahai hati sungguh sakit itu penghapus dosa-dosa kecil.Ya aku kena ajar hati aku bukan sapa-sapa kat sapa-sapa.Aku tak boleh berharap kat manusia yang tak anggap aku sapa pun,kena ajar hati tak mengharap orang nak tanya ko dah sihat,hari ni macam mana,hujung minggu ni macam mana.Kadang aku ni terhenggeh sendiri bagitau orang lain yang aku ni dah ok cuma rasa cam tak leh angkat berat dah..sedangkan orang tu maybe pikir perlu ke nak bagitau...kalau orang yang ambil berat tentang aku dan kehidupan aku pasti dengan sendirinya akan tanya macam mana hari ni,makan apa.Allahuakbar besar sangat ke apa yang aku nak.....nak satu perkahwinan yang halal pun susah ,nak ada kawan yang betul ambil berat pun susah Allahuakbar....jahat nya aku ini hinggakan tiada manusia yang Engkau ciptakan penuh kasih sayang yang mahu ambil peduli akan diri aku.....

Lepas bercerita dan meluahkan baru ada yang cakap kalau sakit nanti bagitaulah nanti nak ini nak itu cakap tau.....tak ada yang akan terjadi atas rasa ada rasa sayang dalam hati.Ya aku tau aku mungkin manusia yang tak layak untuk dikasihi dan dikesiani.....sudah takdirnya begini yang harus aku terima
Ya Allah tolong aku untuk kuat dalam kehidupan ini,bersangka baik dan taat padaMu....

Aku tak salahkan sesiapa pun kawan aku itu hak diaorang apa yang diaorang rasa padaku...aku tak leh paksa.....

Image result for gambar sedih

Comments

Popular Posts