Terapi Ketawa

Bismillahirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurniaan iman dan islam serta dibangunkan lagi pada pagi ni.Semoga hari ni lebih baik dari semalam...lama jugak tak menaip ni kekangan keja dan diri yang membatasi masa nak menaip dalam blog ni walau banyak cerita yang aku nak luahkan...waaaa banyaknya...he3 selagi nama manusia setiap hari ada pelbagai cerita akan ada.Terpulang pada kita mahu mengolahkan cerita tu jadi menarik atau sebaliknya.

          Alhamdulillah hidup masih sendiri,bekerja dan menjalani tanggungjawab sebagai hamba yang kadang meninggalkan amanah yang diberikan namun aku sebagai manusia biasa sentiasa mahu belajar menjadi yang baik.Hidup aku tempuhi dengan penuh rasa pasrah dan menyerah.Aku masih ada perancangan namun ketakutan mengharap tu masih ada.Ya tekanan itu ada setiap hari tapi Alhamdulillah adanya anak-anak staff disini boleh buat aku ketawa setiap hari kurang rasa bebanan dalam diri aku.Alhamdulillah pergi appointment klinik pun bacaan tekanan darah aku dah normal cuma perlu jaga perut...he3 yalah gastrik dah makin menjadi-jadi pulak rasa sakitnya.

       Namun dengan ada nya terapi ketawa dengan budak-budak ni aku rasa lebih fresh setiap hari dan rasa semangat waktu nak balik kerja he3 sebab nak jumpa anak-anak angkat.Dalam ketawa aku tidak lupa mengingatkan diriku jugak yalah tak elok terlampau gembira takut jadi lalai.Ya Allah terima kasih atas nikmatMu ni.

Comments

Popular Posts