Merdeka Dengan Pelbagai Maksud

Bismilahhirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurniaan iman dan islam.....Merdeka...Merdeka...Merdeka.......hari ini 31 Ogos 2015, 58 tahun Malaysia Merdeka.Banyak definasi,banyak maksud dan lain-lain pandangan.Bagi aku Alhamdulillah kerana  Allah memberi peluang untuk aku jadi rakyat dinegara yang ku kira masih aman dan damai walau keadaan politik dan ekonomi nya agak gawat.Namun masih boleh bersyukur dan berterima kasih pada Allah kerana aku masih boleh menjalani kehidupan sebagai hambaNya dengan baik.Maksud aku,masih boleh solat dengan aman,masih boleh tidur dengan nyenyak,masih boleh bekerja dengan selesa dan paling penting masih boleh makan dengan kenyang.Ya mungkin orang akan cakap kenapa tak berjuang untuk pertahan kan hak yang dah banyak pemimpin kita ambik...ermmmm aku masih berpegang selagi ada pemimpin yang tidak terlalu zalim iaitu masih membenarkan kita solat,puasa dan berbuat ibadat lain dengan selesa dan aman aku rasa doa paling baik untuk berjuang membuka mata pemimpin yang hanya mengambil keuntungan untuk diri sendiri.Sekarang ni memang heboh pasal 'Bersih' tapi apa yang rakyat dapat setakat ini,dah kali ke-4 adakah harga minyak turun atau rm kita naik.ermmmmm tanyalah diri sendiri.Dah kali ke-4 adakah semua penganggur dapat pekerjaan,adakah gelendangan dapat kediaman,adakah penagih dadah berkurangan aduiiii banyak masalah yang tak selesai...cubalah andai hendak memberontak biarlah dengan ilmu yang penuh dan hasilnya menyenangkan semua pihak ni bila buat perhimpunan rakyat yang merasa bukan pemimpin yang diatas.Oleh itu,fikir-fikir sebelum buat sesuatu,baik kita sebagai rakyak perbaiki diri kita sebelum kita nak perbaiki orang lain....banyak sangat banyak yang perlu kita buat agar pemimpin sedar yang rakyat nya ramai yang tenat dengan pemerintahan sekarang....


Wahhhhhh,banyak pulak bebelan aku ni...itu sekadar pandangan bukan mahu perlekehkan sesiapa.Negara yang sudah merdeka diharap rakyatnya juga merdeka dari segala aspek.Aku....hari ni bekerja tanpa claim ot he3 sebabnya seminggu berkursus keja banyak yang bertangguh bertambah sept ini menjadi pembantu projek manager.....kena kuat dari segi mental dan dan fizikal.....aku mahu hidup aku merdeka dari segi runggutan,merdeka dari segi fikiran yang negatif dan yang paling perlu aku harus merdeka dari bersangka buruk.........Ya Allah apa pun yang aku rancang Kaulah Perancang terbaik....jadikanlah diri ini hambaMu yang sentiasa positif dan menerima dalam apa jua keadaaan.....yehaaaaa :)

Comments

Popular Posts