MAC YANG DIHARAPKAN

Bismilahhirahmannirah,Alhamdulillah dengan iman dan islam yang masih ada ini.Syukur pada Ilahi kerana limpah kurnia yang diberikan tanpa sekat.Tahun baru dah masuk bulan Mac...kalau dikira macam dah banyak hari dilalui tapi bila difikirkan cepatnya masa berlalu.Apa yang dah aku capai setakat 2 bulan yang pertama.Bagi diriku masih zero....belum ada apa-apa yang aku boleh banggakan namun masuk je bulan ke-3 tahun 2015 ini aku harapkan apa yang aku rancang Allah permudahkan.Mahu kumpul duit dan bayar hutang.Takut sebenarnya buat bisnes makanan ni..kalau sekadar buat dan bagi kat kekawan tak rasa apa tapi bila dah jual rasa takut mengecewakan kawan-kawan.Semoga Allah permudahkan semuanya.Bulan mac ni panjang gaji pun jauh lagi harapkan hasil jualan ni je nak tampung kehidupan.Macam kesian sangat je bila mengenangkan diri sendiri tapi itulah hakikat kehidupan.Salah sendiri tapi mahu berusaha hendak memperbaikinya.Kadang memang rasa putus asa tu ada cuma selalu berharap Allah berikan bantuan.Positifkan diri tahap maksimum namun kadang memang down jugak.Kekadang rasa teringin nak kongsikan yang happy2 kat sini tapi belum ada.Alhamdulillah yang ada kawan yang faham dengan aku sekarang ni walaupun tak mampu bantu dari segi kewangan namun sentiasa menceriakan.Ada kawan yang sentiasa bantu dari segi kewangan dan aku berharap Allah akan memberkati dan menlindungi sahabatku ni dan keluarganya.Doa je yang mampu aku bagi yang lain belum lagi.Ya Allah hanya Kau lah tempat ku mengadu....


Comments

Popular Posts