Jalan Keluar

Bismilahhirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan iman dan islam yang ada sekarang ini.Semoga Allah menambahkan iman dan kuatkan kesabaranku.Hidup kian hari macam biasa tiada peningkatan yang harus aku banggakan.Seperti biasa keberhutangan yang serius tapi aku optimis untuk cari jalan keluar bagi masalah aku.Aku kena kuat kerana aku sendiri maksudnya belum ada yang bergelar suami dalam hidup jadi aku kena buat semua sendiri.Setiap hari cuma untuk mempositifkan diri semaksimum yang boleh namun aku perasan kala ini penyakit gastrik aku semakin teruk.Boleh dikatakan setiap hari aku menanggung sakit kepala.Bukan tak makan, makan tapi ada yang cakap mungkin stress.Ermmm kalau nak kira stres memang tahap teruk dah tapi aku kena tawakal dan reda dengan apa yang Allah sedang bagi padaku saat ini walau kadang jiwa amat lemah kukira.Satu kelemahan yang sangat ketara bila aku selalu memikirkan betapa bahagianya hidup orang yang melukakan hati aku.Kadang memang aku terfikir kenapa...tapi tiada jawapan...biasalah kena terima sebab itu takdir.Ya sentiasa belajar untuk menerima, semoga Allah bagi aku kekuatan dan sentiasa bersangka baik padaNya.Satu jalan keluar yang aku boleh fikir sekarang cuba untuk berniaga...terfikir pulak tak ada modal....aku berharap Allah bantu aku kali ni dan aku diberi kekuatan dari segi kerajinan untuk berusaha cari pendapatan lebih.Andai aku tak buat sekarang aku tak kan boleh bayar hutang dan meneruskan hidup dengan selesa.Ya Allah bantulah aku untuk mencari rezeki yang halal.

Comments

Popular Posts