POLIGAMI..... Antara Agama Dan Keseronokan

Bismillahhirrahmannirrahhim,Alhamdulillah atas nafas dari Ilahi yang membenarkan aku hidup satu hari lagi untuk memohon ampun...sungguh aku hamba yang tak lari dari dosa....setiap hari mengharapkan pengampunanMu Ya Allah...topik yang agak biasa namun sentiasa hangat bila diperkataankan...POLIGAMI mimpi indah buat lelaki tetapi mimpi ngeri buat setengah wanita...ermmm.....aku bukan menolak salah satu nikmat dari Allah buat hambaNya....namun aku tak berapa setuju bila lelaki banyak ambik kesempatan pada nikmat Allah yang satu ini.....Ya payung emas buat si isteri bila suami menambah cawangan tetapi perlu ke lelaki menggunakan alasan itu untuk melembutkan hati wanita bagi mendapat keizinanan....bila hati sudah mabuk cinta apa saja boleh dilakukan....rata-rata yang aku tengok suami di Malaysia ni berkahwin hanya mengikut kehendak sendiri dan bukan mengikut sunnah Rasulullah....Nabi s.a.w dulu memang berkahwin ramai namun pernah kita nak kaji siapa isteri-isteri dia...Isteri-isteri Nabi s.a.w semua nya janda kecuali Aisyah Abu Bakar je anak dara...ini kerana Nabi s.a.w tak pernah berkahwin atas tiket untuk keseronokan semata-mata namun semua isteri Rasulullah bahagia hingga hujung nyawa dan satu lagi Nabi s.a.w hanya berpoligami setelah isteri yang tercinta Khadijah bt Khuwailid al-Asadiyah r.a. wafat dan setelah anak-anak Rasulullah boleh berdikari sendiri.
       Para suami sekarang cuba kita lihat dan siasat mana yang dah tambah cawangan dan ada niat nak tambah tu...kita tengok berapa lama masa perkahwinan dengan isteri pertama...anak-anak dia macam mana....ermm....boleh kita tengok kadang baru kahwin 2 - 3 tahun dah nak tambah cawangan atas alasan sunnah...anak-anak kecik-kecik lagi , ada yang baru berapa kali panggil abah,ayah dan bapa dah punya mak baru...andai benar niat tu nak mengikut sunnah dan Al-quran ikutlah sebetulnya jadikan Akhlak Rasulullah itu contoh terbaik...ni tidak ada yang berpoligami antara isteri-isterinya tak tahu dimadukan hinggalah si suami nya meninggal baru tahu selama berpuluh tahun berkongsi rupanya..Kat sini aku memang respect kat lelaki sebab memang pandai sangat menyembunyikan perkahwinan lain dan aku sangat kagum dengan si isteri sebab tahap kepercayaan pada suami yang amat tinggi....
   Oleh itu bagi aku....Poligami itu satu yang terbaik dari Allah buat hambaNya namun sebagai hamba memang ramai yang mengambil kesempatan atas nikmat Allah yang satu ini...lelaki yang punya niat beristeri ramai itu normal namun yang betul-betul boleh adil dan amanah tu jaranglah kita nak dapat selalu je kita dengar yang bermasalah tapi yang bahagia tu ada bila reda Allah diletakkan no 1.....melalut pulak aku ni aku cerita apa yang aku tahu dan apa yang aku rasa...berpoligami tu biarlah atas alasan agama dan bukan hanya kerana keseronokkan dunia semata-mata dan menangis di akhirat..Waallahu'allam....















































Comments

Popular Posts