Kisah Wang & Aku



Bismilahirahmannirahim,Alhamdulillah dengan nikmat Islam dan Iman buat pendosa ini.Setiap hari yang baru dan aku cuba untuk perbaiki kesilapan aku.Alhamdulillah hari ni sihat berbanding semalam satu hari tak leh nak buat apa bila serangan angin tu datang.Aku sendiri tak faham kenapa boleh sakit macam tu.Sakitnya makan ubat tahan sakit pun tak ada kesan.Last-last aku letak pengering rambut baru lega banyak.He3 lucu juak mungkin salah aku sebab hari sebelum tu aku pulun makan buat mangga jeruk tak beringat sebab rasanya melegakan rasa pahit lidah aku ni.Saat sakit ini emosi memang tak menentu tambah cuti panjang yang tak ada duit.He3 duit syiling pun dah nak  habis.Menunggu duit kerja lebih masa yang tak boleh diharap cepatnya.Salah aku jugak tanggungjawabku pada yang Esa aku abaikan pastu harap rezeki sentiasa cukup memang taklah Allah nak bagi he3.Aku tak mampu nak menangis lagi kerana menangis tidak akan selesaikan masalah aku.Harapkan orang tersayang , kawan-kawan memang takdenya semuanya menjauh dek kerana hutang dan dosa yang telah aku buat.


       Aku je ke yang berdosa dalam dunia ni.Kerap kali aku tertanya-tanya memang dosa aku ni tiada ampun ke hingga Allah membebani aku dengan masalah yang tidak ada jalan keluar.Aku sendiri tak ada jawapan untuk itu semua yang aku tahu aku dah semakin teruk tapi tak ada orang peduli pun.Sampai macam tu sekali Allah buat aku.Ya aku sentiasa membandingkan kerana aku diuji dengan Ujian yang tidak berhenti.Orang lain yang ada masalah doa sikit dah Allah dah bagi penyelesaian pada mereka.Ya contoh ada dikeliling aku bukan aku melihat yang jauh.Kawan yang pernah aku anggap kawan dunia & akhirat apa yang jadi pada dia dan kakaknya.Bahagiakan sentiasa ada duitkan.
Salah ke aku Ya Allah apa yang aku mintak.Ku pinta suami yang halal Engkau berikan Aku lelaki yang haram buatku selagi tiada akadnya.Aku mintak rezeki yang mencukupi apa yang Engkau berikan rezeki yang semakin sempit setiap bulan.Hutang yang semakin bertambah.Ya orang lain blh cakap jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain.Macam mana aku tak nak bandingkan bila aku berusaha untuk jadi baik apa yang telah Engkau berikan padaku hanya Ujian yang buat aku putus asa.Penah ke Engkau berikan jalan untuk aku tak pernah pun.Hanya yang ada sekarang hidup yang sempit,diri yang penuh kesakitan,diri yang tiada kasih sayang.


       Ada yang bermasalah dengan kewangan Engkau berikan kasih sayang orang keliling pada nya.Ada yang bermasalah jodoh Engkau berikan rezeki yang luas untuk dia tidak memikirkan hal jodohnya.Ada yang Engkau berikan masalah kesakitan namun dia Engkau berikan kasih sayang dan kewangan yang mencukupi.Ya aku merunggut kerana satu pun doa aku tidak dimakbulkan.Aku tak tahu bilanya ada kesian dari Engkau buat aku.Aku berharap sangat -sangat Ya Allah.......


Image result for gambar duit

Comments

Popular Posts