Tuesday, 15 January 2019

80g 3 in 1 White Coffee

Bismillahirahmannirahim,Alhamdulillah dengan Islam,Iman dan Nyawa saat ini.Dah masuk hari yang ke-15 dalam tahun 2019.Aku seperti biasa keja seperti biasa life pun Alhamdulillah seperti biasa.Fikir baik,cakap baik,sangka yang baik maka In Syaa Allah segala yang baik akan datang pada kita.Hari ni dah minum 2 sachet coffee 3 in 1 aku.Satu ketagihan yang aku tak dapat nak buang masa ni.Doktor dah pesan aku tak leh minum coffee ni tapi hariku akan jadi seakan gelap bila tak minum coffee kihkihkih.Bila agak bosan itu yang sampai minum 2 sachet.Aduyai air masak minum sikit je.

  Itulah aku coffee ni agak mewarni hidup aku 😋.So far hujung minggu aku isikan dengan buat biskut.Masak untuk makan sorang.Menyentuh pasal masak ni dua tiga hari lepas kawan sekolah menengah adalah mengadu @ menceritakan perihal dia sebagai wanita yang berkerjaya dan berkeluarga.Aku tak tahu apa niat or purpose she to write like that.Memang patut aku rasa untuk menerima nasihat bahawa ada part actually tak perlu you post dalam media masa.Sebagai isteri dan ibu itulah perjalan hidup yang kena kita hadapi.Apatah lagi kita bekerja kan.Ada suami ada anak memang kena uruskan.Dapat suami membantu adalah satu bonus 😏.Kehidupan yang kita nak kenapa kita perlu mengeluh dan up status tersebut.Andai nak satu kedamaian , freedom jadi macam aku tak kawen kihkihkih aman hidup tak yah nak fikir apa walaupun ini bukan kehidupan yang aku nak but i know this is the best for me from Allah.

   Yalah mungkin dia ada niat tersendiri up status hal keluarga nya di media massa.Terpulang lah kan jaga diri sendiri.Biar banyak diam dari banyak cakap.Pengalaman mengajar banyak benda,bila terlalu berani bersuara even you rasa you betul but if pandangan orang keliling salah ianya tetap salah.Even you nak luahkan apa yang terbeku dalam hati you sometime tafsiran orang keliling adalah lain.Jadinya pandai-pandailah janji ko boleh jadi lebih positif itu yang terbaik.


   Dah minum coffee 80g ni jangan malam ni tak leh tido pulak kihkihkih.Apapun Ya Allah aku sentiasa harapakan pengampunan Mu,sentiasa harapkan redha Mu,RahmatMu ,KeberkatanMu.....Penuhi jiwaku dengan sangkaan yang baik-baik Ya Allah serta jadikan aku yang Halal 💖💖💖💖

Image result for gambar coffee 3 in 1 super

Friday, 11 January 2019

Rezeki Takkan Salah Alamat

Bismilahirrahmannirrahim,Alhamdulillah dengan Iman,Islam dan Nyawa saat ini.Jumaat yang kedua bulan yang pertama tahun 2019.Semalam gigih buat biskut untuk dapatkan duit buat belanja.Dalam dompet kosong dah yang ada duit tabung syiling 5 rgt je.Wei malunya dengan diri sendiri.Kali ini aku tenang bila mana dompet aku kosong.Kena yakin rezeki itu tidak akan salah alamat.Saat ini sebenarnya aku melawan rasa negatif dalam diri aku.Ada cemburu melihat jualan orang lain semua orang beli,cemburu melihat orang lain jualan nya sentiasa yang repeat order.Allahuakbar kenapa perlu rasa begitu bukankah Allah dah tetapkan rezeki masing-masing.Sangka baik mungkin ada hikmahnya dompet kosong.Ya mesti orang tanya kenapa cepat sangat dompet kosong bukan baru buat loan ke.Bila mana banyak komitment ini lah jadinya.Belajar tidak menyalahkan sesiap bilamana rezeki mengunung pun bila Allah kata kena bahagi-bahagikan maka aku kena terima.


   Jalan yang ada kena gadai sebentuk cincin emas yang aku ada kejap lagi.Itu yang aku fikir saat ini ,mula fikir kalau ada yang beli biskut aku bolehlah duit tu aku buat belanja sementara nak tunggu gaji tapi rezeki belum ada jadi kena guna jalan tu je.Fikiran kena sentiasa positif,semalam memang ada rasa down sikit tapi aku kuatkan diri untuk satu kehidupan ini.Semalam dalam otak ini tiba-tiba terfikir sebenar orang keliling tak ambil peduli sangat pun kat aku.Mulalah kesedihan tapi sebenarnya hormon tak stabil itu yang rasa macam-macam.


Apa pun yang datang aku kena teruskan kehidupan ini seadanya.Susah aku ada lagi hamba Allah yag lebih susah kan.Jadi hidup kena sentiasa bersyukur,hargai apa yang ada jangan difikir apa yang tak ada..Ya Allah ujian ini kerana dosa ku sendiri,bantulah aku untuk bertaubat dan berada dijalan yang kau tentukan.

Related image

Thursday, 10 January 2019

Antara Make-up & Keyakinan Diri

Bismilahirrahmannirahim,Alhamdulillah atas Imanku,Islamku serta nyawa untuk hari.Banyak nikmat yang harus diingati supaya jiwa semakin kuat untuk satu kehidupan ini.Mulai November tahun lepas aku mula teringin untuk bersolek 😆.Mana datang keberanian entah...lama dah rasa teringin nak berblusher,eye shadow,mascara,foundation kihkihkih....Dulu kalau tengok orang bermake-up selalu fikir solat ke diaorang ni namun kalau jenis yang rajin boleh je bermake-up dan solat.Setiap kali nak solat bersihkan muka dulu baru berwuduk.Alhamdulillah dah 10 hari dalam tahun 2019,bertahan untuk positif hingga hari ini,semoga istiqamah sentiasa sampai hujung nyawa.Mula-mula bermake-up ni memang ramai yang tegur.Ada hari terblusher merah memang perasan tapi dengan keyakinan tinggi aku biarkan aje.Maybe  salah satu terapi.Bila bersolek aku rasa bersemangat nak bekerja ,ya maybe kena nipiskan sikit biar nampak naturalkan.Terlalu tarik perhatian orang karang dosa pulak he3.
Boleh lagi sengih2 bila g kerja bila bersolek.Aku dapat rasa lebih yakin bila bersolek.

Ya keyakinan diri amat penting supaya aku boleh beristiqamah dalam membentuk diri aku ke arah positif sentiasa.Baru-baru ni ada jugak yang perli make-up macam hantu katanya.Namun aku positif dan biarkan kata-kata tu.Blockkan no orang tu lebih senang kihkihkih.Buat apa kita nak dekat dengan orang yang negatifkan.Ya untuk tahun baru ni aku nak jadi orang yang sentiasa bersangka baik.Allah merahsiakan masa depan kerana nak hambaNya belajar bersangka baik sentiasa dalam kehidupan.Sangka baik akan buat aku sentiasa positif dalam apa jua sitiuasi.Macam tahun lepas memang aku down dengan cara ketua-ketua atasan.Memang tiada penghargaan dan tiada kebajikan dijaga.Bila aku meluah dalam status waasap dan dalam group unit ku,ada seseorang yang menyampaikan benda tu ke orang atasanku.Agak kecewa dan aku mengaku salah aku namun pada saat itu aku tidak dapat melihat rasional arahan ketua pada masa itu.Tambahan semangatku untuk habiskan keja yang perlu aku habiskan 31.12.18.Namun niatku terbantut gara-gara orang atasan yang tidak anggap bahagian keja ku penting.Penting apabila pihak ibupejabat minta baru nak meraung he3.Itulah manusia.Saat itu memang aku down tapi aku belajar lepas tu.Jaga diri sendiri dan kerja sendiri je.Apa2 yang rasa tak puas hati diam dan luahkan ke media yang tidak ada sorang pun kawan sekerja ko boleh lihat.

    Kat tempat kerja aku tabiat membodek bos-bos memang kritikal,sanggup untuk jatuhkan orang lain untuk nampak bagus.Kadang aku pun cam pelik aduyai perlu ke buat macam tu untuk dapatkan sesuatu.Tapi yalah hati sorang-sorang kita tak leh nak jangka ,walau nampak baik depan kita belakang kita belum pasti lagi.Apa pun aku kena jaga diri jaga mulut.Sebelum ni sukahati je nak cakap apa depan siapa tanpa fikir benda tu tersebar jauh.Tapi kali ni belajar dah.Baik belajar cantikkan muka,belajar camnne nak buat biskut lagi sedap.Fokus pada pembangunan diri tanpa menjatuhkan siapa-siapa.Kalau bos-bos tak suka biarkan ingat rezeki kita Allah yang tentukan :)


Ya Allah semoga Engkau menerima taubat ku,memudahkan segala urusan dunia&akhiratku.limpahkan aku rezeki halal lagi berkat dan mencukupi untuk kehidupanku dan orang yang aku sayang.Kuatkan aku dalam setiap ujian yang kau hadirkan serta berikan jalan keluar bagi setiap ujianMu.Berikanlah Rahmat&RedhaMu buat orang tuaku Jagalah mereka dari segala kejahatan dunia.Berikan mereka kasih sayangMu dan kesihatan yang baik.Ya Allah kuatkan sangka baikku dengan apa yang telah Engkau Takdirkan Aamiin
Image result for gambar yang tenang

Wednesday, 2 January 2019

2019 ..... 40 ..... Life Begin :)

Bismilahirrahmannirahim,Alhamdulillah dengan kurniaan Usia,Islam & Iman buat pendosa ini.2nd of January 9.35 a.m.Work as usual, sedikit sunyi kerana ramai staff yang bercuti sebab anak masuk sekolah.Macam biasa dengan bos2 pun cuti.Ya New Year 2019 already.Kalau nak ikut nak mencoret sedikit akhit tahun 2018 but macam biasa busy sikit jadi terbantut dan have to write today ;).Alhamdulillah this year the year start to use digit no 4. 4 series already,life begin or start to live your akhirat.Tahun 2018 tak banyak yang hendak disimpan namun untuk 2019 ni aku bersemangat untuk berazam membaiki diri ku.
                          Azam 2019
                         #1st Rule - Forget 2018
                         #2nd Rule - Start My Life more colorful
                         #3rd Rule  - More Smile :)
                         #4th Rule - Pray on Time
                         #5th Rule - Make My Parent Happy More
                         #6thh Rule - More Love To Other
                         #7th Rule - Forgive & Forget
                         #8th Rule - Always Think Good In Every Situation
                         #9th Rule - Be The Best In Everthing I Do
                         #10 Rule - 'Halal' Husband 💓💓


Banyak yang diperbaiki semoga aku istiqamah dalam mengharapkan kasih sayang Allah.Sungguh dalam diriku banyak sangat dosa yang aku sangat berharap Allah ampunkan aku.Sepanjang tanun 2018 aku rasa diriku penuh dengan cas-cas negatif.Asyik nak marah,asyik nak salahkan orang,rasa semua orang salah aku je betul aduiiii teruknya,aku perasan aku kurang rasa sedih tapi mmg rasa nak marah je dalam apa jua situasi.Semua benda aku tak puas hati.Harap tahun ni,hanya ada cas-cas positih.Boleh kawal perasaan,lebih matang he3 dah 40 kot.Menerima dan reda atas apa yang telah terjadi.Syukur dengan apa yang ada.Berhenti bandingkan diri dengan orang lain.Lain orang lain rasa atas apa yang dihadapi.Lebih hormat pendapat orang.Banyakkan memberi.Ingat kalau kita banyak memudahkan orang lain In Syaa Allah Allah akan mudahkan kita.Istiqamah Dhuha,belajar bangun tahajud,solat awal waktu&lengkapkan solat yang wajib walau meninggi dosaku.Kuat semangat untuk hari-hari yang sunyi.Ya Allah kuatkan aku untuk istiqamah dalam setiap amalanku dan jadikan amalan ku hanya untuk mendapat RedhaMu.
Image result for gambar 2019

Tuesday, 18 September 2018

Kisah Wang & Aku



Bismilahirahmannirahim,Alhamdulillah dengan nikmat Islam dan Iman buat pendosa ini.Setiap hari yang baru dan aku cuba untuk perbaiki kesilapan aku.Alhamdulillah hari ni sihat berbanding semalam satu hari tak leh nak buat apa bila serangan angin tu datang.Aku sendiri tak faham kenapa boleh sakit macam tu.Sakitnya makan ubat tahan sakit pun tak ada kesan.Last-last aku letak pengering rambut baru lega banyak.He3 lucu juak mungkin salah aku sebab hari sebelum tu aku pulun makan buat mangga jeruk tak beringat sebab rasanya melegakan rasa pahit lidah aku ni.Saat sakit ini emosi memang tak menentu tambah cuti panjang yang tak ada duit.He3 duit syiling pun dah nak  habis.Menunggu duit kerja lebih masa yang tak boleh diharap cepatnya.Salah aku jugak tanggungjawabku pada yang Esa aku abaikan pastu harap rezeki sentiasa cukup memang taklah Allah nak bagi he3.Aku tak mampu nak menangis lagi kerana menangis tidak akan selesaikan masalah aku.Harapkan orang tersayang , kawan-kawan memang takdenya semuanya menjauh dek kerana hutang dan dosa yang telah aku buat.


       Aku je ke yang berdosa dalam dunia ni.Kerap kali aku tertanya-tanya memang dosa aku ni tiada ampun ke hingga Allah membebani aku dengan masalah yang tidak ada jalan keluar.Aku sendiri tak ada jawapan untuk itu semua yang aku tahu aku dah semakin teruk tapi tak ada orang peduli pun.Sampai macam tu sekali Allah buat aku.Ya aku sentiasa membandingkan kerana aku diuji dengan Ujian yang tidak berhenti.Orang lain yang ada masalah doa sikit dah Allah dah bagi penyelesaian pada mereka.Ya contoh ada dikeliling aku bukan aku melihat yang jauh.Kawan yang pernah aku anggap kawan dunia & akhirat apa yang jadi pada dia dan kakaknya.Bahagiakan sentiasa ada duitkan.
Salah ke aku Ya Allah apa yang aku mintak.Ku pinta suami yang halal Engkau berikan Aku lelaki yang haram buatku selagi tiada akadnya.Aku mintak rezeki yang mencukupi apa yang Engkau berikan rezeki yang semakin sempit setiap bulan.Hutang yang semakin bertambah.Ya orang lain blh cakap jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain.Macam mana aku tak nak bandingkan bila aku berusaha untuk jadi baik apa yang telah Engkau berikan padaku hanya Ujian yang buat aku putus asa.Penah ke Engkau berikan jalan untuk aku tak pernah pun.Hanya yang ada sekarang hidup yang sempit,diri yang penuh kesakitan,diri yang tiada kasih sayang.


       Ada yang bermasalah dengan kewangan Engkau berikan kasih sayang orang keliling pada nya.Ada yang bermasalah jodoh Engkau berikan rezeki yang luas untuk dia tidak memikirkan hal jodohnya.Ada yang Engkau berikan masalah kesakitan namun dia Engkau berikan kasih sayang dan kewangan yang mencukupi.Ya aku merunggut kerana satu pun doa aku tidak dimakbulkan.Aku tak tahu bilanya ada kesian dari Engkau buat aku.Aku berharap sangat -sangat Ya Allah.......


Image result for gambar duit

Saturday, 15 September 2018

Saat Kritikal

Bismilahirahmannirahhim,Alhamdulillah dengan kurniaan Islam dan Iman.Alhamdulillah hari ni Allah berikan kesihatan yang baik.Cuti yang panjang minggu lepas mebuatkan aku lebih sakit bukan nya lebih semangat.Lama dah tidak mencoret sesuatu dalam blog ni.Ya sebenarnya semangatku semakin hilang,minat ku sudah semakin pudar.Masih mencari jalan keluar pada setiap kekusutan.Hidup yang mengahampiri kematian yang pasti.Namun kemarahan pada takdir hidup yang membuat pentadbiran hidupku semakin hancur.Jiwa yang kosong,jiwa yang kotor dan jiwa yang hilang segalanya.Aku jatuh jauh kedalam kegelapan dan mencari apa salah yang aku buat.Dulu selalu aku berharap Ujian ini tidak menjauhkan Aku dari penciptaku namun hakikatnya aku semakin jauh dari Dia Allah yang Maha Besar.Apa yang aku cari sebenarnya.Kekecewaan demi kekecewaan membuat aku putus asa atas rahmat Allah.Aku semakin tidak percaya adakah benar Allah itu Maha Pengasih.

       Kekosongan,kesunyian telah membuatkan hidupku penuh dengan kebencian dan kemarahan.Marah kerana takdir hidup yang tidak bagus bagi aku,bencikan kehidupan bahagia orang lain.Marah kerana aku tidak mahu menerima takdir hidup aku begini.Benci melihat takdir orang lain yang bagi aku terlalu indah.Melawan rasa dalam jiwa yang membuat aku sakit pada fizikalnya.Aku tidak redha dengan apa yang dah jadi dalam hidupku.Nak salah kan siapa,salah sendiri kerana jalan yang dipilih atau kerana tidak mahu menerima takdir yang telah diberikan.Aku buntu  bila saat tiada jalan keluar pada setiap masalah yang aku hadapi.Cemburu dengan orang lain yang diberi masalah tapi senang mendapat jalan keluar.Aku? belum ada jalan keluar pada hutang,pada jodoh dan pada kewangan untuk harian aku.Semakin sempit dan semakin tertutup yang mebuatkan aku putus asa.
     
         Baru semalam aku solat balik itu pun hati ku rasa terbeban kerana jiwa ku yang kotor.Aku akui selama meninggalkan solat aku tak rasa apa cuma tak tenang je.Aku marah dengan apa yang berlaku,aku inginkan juga hidup seperti orang lain.Keinginan itu yang membuat aku lebih berprasangka buruk dan hidup yang penuh dengan cas negatif.Ya Allah ampunkan aku,kemarahanku kebencianku membuat aku semakin jauh dari rahmatMu.Hinanya aku Ya Allah kerana marah pada takdirMu.


       Saat dan ketika ini hanya keampunanMu yang aku harapkan.Berikanlah cahaya pada kehidupanku.Jadikanlah jiwa ku penuh dengan rasa kasih sayang dan bersyukur dengan segala yang telah Engkau berikan padaku.Berikanlah hati yang bersih,hati yang sentiasa berprasangka baik pada setiap UjianMu.Ya Allah aku mengharap sangat-sangat pertolongan dari Mu untuk aku perbaiki kesilapan dan kehidupanku.Aku berharap agar akhir hidupku dalam agamaMu dan dalam kasih sayangMu.Aku mengharap kasih sayang dalam hidup ini,teman dalam hidup ini dan rezeki yang cukup untuk aku dan keluargaku.Hanya Engkau yang mampu memberinya Ya Allah.
Image result for gambar cantik

Monday, 23 July 2018

Sampai Bila





SAMPAI BILA


Andai dapat kau dengar ombak hati ini
Dihempas sepi tiada berlagu
Dulu tenang dan dilayari kasihmu
Kini dilanda gelora tak menentu

(Chorus)
Sampai bila, harus ku bertanya
Firasat hatimu, yang terus membisu
Segala dendamku
Kini telah menjadi bebenan jiwa
Saat kau mencari pengganti cinta

Dalam rindu yang tak bererti apa lagi
Biarkan aku kini sendiri
Oh pergilah dengan dia yang kau cinta
Dan tak perlu kau di sini mengungkit kesilapan

(Chorus 2)
Bridge
Padamu aku hanya
Kaca yang tak berharga
Pudar seri... kosong.. kelam.. tak bermakna

Oooh
Ku melangkah dengan hati yang kecewa
Moga ada secebis ketabatan mengubati

Image result for gambar jangan benci cintaku